REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya .
Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu. Bas express Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur yang di percayai bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempa kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.
“Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya .
Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu. Bas express Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur yang di percayai bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempa kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.
sumber - berita harian on9
SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.
“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.
sumber : berita harian on9
Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.
satu kemalangan ngeri yang mana ramai dok tertunggu2 tentang tarikh 10.10.10 apa yang akan berlaku. salah satunya adalah kemalangan yang akan terpahat gak dalam sejarah. punca? SIKAP
BalasPadamakak..saya patutnya naek bas ni smlm..tp xjadi sbb kaki terseliuh truk, jdi xjadi balik..mungkin tuhan nak pnjangkan usia sy lgi, jdi takdirkan sy terseliuh..huhu.alhamdulillah
BalasPadamtakziah, sungguh menyedihkan
BalasPadamtakziah buat semua mangsa
BalasPadamSalam takziah kepada keluarga- keluarga mereka...
BalasPadamKak ina, liza sambungkan post kak ke blog liza yer
rasa seram je tengok berita pasal kemalanygan ni.
BalasPadamtakziah buat keluarga mangsa
salam kak
BalasPadampilu btl saya tgk berita :'(,tragedi 10 10 10..
takziah pd keluarga mangsa
sis, mia pinjam picture akk ni eak..tp ade letak link akk kt entry..
BalasPadamsalam kak;
BalasPadamdalam kita tertunggu2 nak tengok perkahwinan angkasawan negara....ada jugak berita sedih kan kak....takziah buat keluarga mangsa...
Salam Kak Ina....Innalillahhiwainna Ilaihirajiuun!!...AlFatihah dan Takziah buat semua yang terlibat!
BalasPadamPsst! Buat Adik Mia....syukur...berpantang maut sebelum ajal Dik!
Kesiannya mangsa-mangsa ni, sampai yang terputus tangan pun ada. Bukan bas express tak boleh bawak laju ke?
BalasPadamngeri gila kak...
BalasPadamimpact kuat sangat la tue.. ish2 sebab kecuaian sorang nk tergesa2..
org lain xleh nk tergesa2.. coz terpksa prihatin memperlahankan kenderaan
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
takziah buat semua keluarga
BalasPadamal-fatihah & takziah utk keluarga mangsa...
BalasPadamAl- Fatihah kepada yang terkorban dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa..
BalasPadam<a herf="http://www.makbudak.com"
takziah pada sume keluarga mangsa yg terlibat.
BalasPadamakak,pijam info eik..sy lalu kat tmpt nie semalam..sy lah salah 1 kereta yg terperangkap dalam kemalangan kat ctu..bila dah sampai kat ctu,sume dah setel..
BalasPadamSalam kak ina,
BalasPadamHanya kerana kecuaian seorang, orang lain yang menjadi mangsa.
takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada 10.10.10 samada yang tercedera atau yang meninggal dunia.
BalasPadamshafiee from ibu pejabat polis daerah seremban:- salam takziah keatas semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada 10.10.10.
BalasPadamAkak akak saya rasa kan ini punya kemalangan mesti ada kaitan dengan gangguan makhluk halus... kan ? Kena siasat betoi2
BalasPadam