OOO

Rabu, Ogos 04, 2010

Resepi Serikaya Balls/Kalau Tak Ada Rezeki

 Konon-konon nak cubalah buat serikaya ball ni guna acuan takoyaki...ha kau...Yana bosan giler nak membuatnya..payah tullah..macam rinnchan kata..memang acuan ni tak control memang cepat ajer hangus..pastu kalau salah cucuk terkeluar inti kaya tu.
Mak...Yana tak nak buat lagi dah..senang lagi buat takoyaki...alahai dia dah surrender da..kenalah beli kalau teringin nak makan  .Resepi ni akak ambil dan c & p  dari fotopages rinnchan.Terima kasih banyak.

Sumber : Petibesi RNet

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung kek ( Tepung gandum pun ok )
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125gm mentega
75gm gula castor
4 biji telur gred A
200ml susu segar 1/2 tsp esen vanilla
Serikaya secukupnya ( Serikaya dlm tin lebih sedap.. )

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula castor hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu persatu, terus putar hingga sebati.
3. Masuk 1/4 bahagian susu. Putar terus.
4. Masuk tepung dan selang-selikan dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
7. Isikan separuh adunan dalam setiap lubang acuan.
8. Bubuh serikaya secukupnya. Rinn gunakan piping bag . Tutup adunan hingga penuh.
9. Terbalikkan bebola kaya beberapa kali menggunakan 2 btg lidi satay sehingga masak dan keperang-perangan. 

 Kecian Ira..niat di hati  nak bedal puas-puas cempedak goreng sebelum balik ke asrama....tapi tak tertunai hasrat di hati sebab cempedak yang akak beli kat Pasar Pagi Greenwood tak leh goreng..busuk..nak salahkan sape ek?  Tak dak rezeki kan..
padahal tepung gorengan dah siap dah di bancuh..

10 ulasan:

  1. favveret sy ni kak ina...kalau masuk shoping komleks mesti beli kaya ball........nnti nak ambik resepi la wat sendiri..puas makan

    BalasPadam
  2. Salam kak ina...betul2, tak de rezeki, nak buat macam mana kan...tak pelah beli lagi nanti..

    BalasPadam
  3. ala sian dia, takpe, nanti cari cempedak yg lain yer

    BalasPadam
  4. nmpak gaya mmg nak kena beli la tuh :)

    BalasPadam
  5. Nyum.., Nyum....
    Macam sedap jer ni kak.
    Saya curik resepi ni yek?

    BalasPadam
  6. alahai siannya ira...nak makan cempedak goreng...beli lagi kak....

    BalasPadam
  7. dulu suka bebenor makan kaya ball nie..la nie kalo nampak mesti beli..tpi yang kat shopping kompleks r...

    lagi syok kalo dapat tengok time diorang tengah buat...hohoho

    BalasPadam
  8. Pasar pagi Greenwood..?
    Akak duk Gombak gak ker????

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...