Fuh..dah lama sungguh akak order acuan takoyaki ni kat member yang tinggal di Bangkok. Nak buat takoyaki tak buat-buat. Sebab nak beli bahan yang original kena cari kat Jaya Jusco Mid Valley. Bila pergi luper pulak nak tulis bahan yang nak di beli. Sebab bahan original dari Jepun akak bukannya ingat pun nama bahan tu.
Semalam Yana belanja Ira dan Imran gi tenguk wayang kat Mid Valley. Akak tak masuk sebab akak jejalan kat Jaya Jusco tenguk barang yang tengah sales..tapi dah memang nekad tak beli dulu barang nak pakai raya.survey harga dulu. Nama bahan Jepun tu akak dah siap tulis dari malam Sabtu ..takut tak ingat lagi nama bahan tu.
Nasib baiklah ada budak melayu yang tolong carikan bahan ni. Kalau idak mengagau jugak nak mencari kat bahagian barangan jepun kat jaya jusco tu. Akak call jugak Maz tu..nak confirmkan betul tak bahan-bahan tu.
Resepi takoyaki ni ada macam-macam versi. Akak ambil kat rumah Hana dan rumah Maz...pastu akak campur adukkan. Hana panggil Kaniyaki Maz panggil takoyaki..what everlah .
Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan takoyaki buatan sendiri.
Bahan-bahan
- *225g tepung takoyaki - boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
- *100g @ 2 biji telur size M
- *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt
- 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik. Akak guna 1 peket (RM5.90)
- minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
- tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
- sotong potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
- kubis - cincang halus
- crab stik-siat kecik
- daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
- sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
- mayoni-akak masukkan dalam plastik...senang nak picit
- fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
- nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
- Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
- panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
- kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
- Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
- Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
- Kikis lebihan-lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
- Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
- Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit... sekiranya minyak dah kering.
- Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. (Akak picit ajer dari dalam botol)
- Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
- Sodap di makan panas-panas
homemade takoyaki by azwalissa myresipi atau boleh refer kat blog zaliana.
macam sedap jek
BalasPadamtp halal ke erk
pelik gak benda alah ni tak pernah pulak makan
BalasPadamSegmen Kenali Blogger
salam kak ina
BalasPadamtq sharing nak beli kat mana bahan2 nya..sy pon ade acuan tako nie..oder dgn member kat japan
sy mmg gila makan benda nieh..esp yg sotong tuh...bestttttt sangat..
Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamkalau sincan tak makan
maka tak pernah dengar nama makanan tu, jauh sekali nak rasa, he he
lepas makan Imran pandai cakap jepun tak
Wassalam
salam kak ina...alahai,napelah x tinggal sbelah rumah kak ina :D
BalasPadamwahhh akakk.. pehni leh ckp jepung! kak..klu takoyaki buh sotong yg kaler merah pepel tuh! tako maksudnyer sotong. klu kaniyaki intikan ketam crabstick or isi ketamlah! kani maksudnyer ketam! klu buh udang plak ebiyaki! hihihihi.. klu buh lembu nnti kiter tulun terjemahkan! kikiki....
BalasPadamitadakimas
BalasPadamerr..betulke bahasa jepang ni..hehe
Entri terbaru chekgu
Kekasih gelap?
Kak Ina! Perghhh. Memang salute lah kat akak. Saya and husband memang suka makan takoyaki ni. Kat sini (Kota Kinabalu), kami beli kat Wisma Merdeka. Sanggup beratur panjang2 semata2 nak makan takoyaki ni. Pehhh, memang terhebatlah. Tak terpikir plak benda ni boleh buat sendiri, lagi puas hati. Kalau dah suka, apa pun boleh jadi kan kak. Syabas Kak Ina! *vangga kejap ;p
BalasPadamSalam kak, macam sedap je..saya nak tempah bole???kasi 10 bungkus...buat bekal kat ofis.ngehehehe
BalasPadamhttp://furdunesia.blogspot.com
terima kasih krn Jengah MyThought :) Bila aku jd BIDAN...Bidan ape?tak kuat mental jgn tengok ye.hehe
kak kiterr pung kerr mid valleyy semalammm..tak terjumpaa plakk..huhuhhu
BalasPadamalahai..pening baca bahan2 je.
BalasPadamnk buat lg pening saya nnti
uummm.sedapnya..
BalasPadamsedap ke mkanan jepun ni..bahan2 dia halal tak ek..tak pernah lagi makan makanan jepun ni..org kata sedap, betul ke?
BalasPadamawek saya pndai wat sushi, kalaulah ada peluang nak bagi semua pembaca kat sini rasa..
BalasPadambestlah kak ina nie...pandai masak macam2..jadi kakak saya nak tak??
BalasPadammy favvy.. tapi acuan dia nak beli katner kat mesia nih?
BalasPadambagus tul, nak sruh bini jinak2 ngn blog nie. hehehehe, untung nyer dapat rasa masakan2 yg tak pernah di rasa lg
BalasPadamtak pernah makan makanan jepun..best ke ni
BalasPadamalhamdulillah,dpt gak cari resipi takoyaki ni...tq kak ina yg sudi tunjukkan gmbo barang3 ni...senang sikit nk cari...ekeke
BalasPadamSedapnya nampak takoyaki akak.... teringin plak nak mkn... Kak, kt mana nak bli acuan tu? brape harga?
BalasPadamInsyAllah nti nak cube,amek mase ehehe
BalasPadammemang lain dr yg lain
nk bgtau..hati2 beli brg2 dr jpn ni..sbb saya dah puas melilau area jusco cr sos2 or byk brg jpn utk bt mskn jpn tp xde yg halal..sos okonomiyaki tu halal ke dah check??utk pengetahuan saya boleh baca tulisan jpn so bole tau halal ke tak..
BalasPadamakak dah refer dengan member yang duk di jepun..alhamdulliah mereka kata halal
Padamnak tye, sos okonomiayki tu kat mane leh dapat halal punye?? check ari tu kat jusco sos die ade mirin. mirin tu bukan rice wine ker?? was was jer..
BalasPadamAssalamualaikum nak tanya bole tunjuk x gambar sos okonomiyaki halal tu? nak ty carik gak.. THank you
BalasPadamSodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi
BalasPadamSodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamslm kak,kak..blh tak tlg sye crikan tako maker dgn bahan2 nye sekali....adik suka sgt mkn takoyaki ni..nak jugak buat sendiri tp acuan nye n bahan2 nya xde kat sarawak ni....tlg sye ye kak.......
BalasPadammaaflah miss masya..lambat repyly
Padammember yang duk kat bangkok dah pindah ke jepun..x leh lah nak suruh dia belikan ..maaf yer
berapa kak harga acuan tako ni?
BalasPadamcuba tenguk kat https://www.facebook.com/pages/Suealeens-Gifts-Things-Boutique/284876831581868?directed_target_id=0
Padamkak ina yg kaler pink cm kak ina ada x?
BalasPadamyang ni member belikan kat bangkok tapi sekarang ni dia dah pindah ke jepun lah einz
Padamakak where can I get the takoyaki pan tu? nak sangat buat sndiri kt umaa
BalasPadamboleh ajer guna acuan buat kuih cara nurul ain..cuba google kalau ada yang jual
Padamkawan saya ada jual acuan takoyaki ni. Rm120 siap pos. Boleh pm dia 0137563516
BalasPadamKak jusco mana ada jual tepung takoyaki. Sy pergi jusco maluri tak da pulak jual. Bhgian Japanese food pun tak da
BalasPadamdulu akak beli kat jj midvalley bahagian makanan jepun. dah lama tak gi dah tak tau ada ker idak lagi bahan takoyaki.
PadamTakoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari dapur takoyaki & bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.Brand Mamy Aimi.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp 0136012797
BalasPadam