OOO

Sabtu, Julai 31, 2010

Imam Muda Astro -Asyraf Sebagai Juara (Gambar Isteri IMAsyraf Nurhusna Yusof/ IMHizbur Liliyana Hasanah Yudi)

Alhamdulliah akhirnya malam ini telah dinobatkan johan Imam Muda musim pertama. Memang ternyata Asyraf lebih menonjol dan telah melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan telah terpilih sebagai Imam Muda terulung. Memang layak beliau di umumkan sebagai pemenang kerana cara beliau menyampaikan kutbah dan hasil tugasan memang cemerlang.

Suasana hening bila mereka bergabung mengalunkan Asma ul Husna.
.seronoknya jika dapat melihat upacara secara langsung Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.

tentu terlerai rindu dihati setelah 10 minggu tidak berjumpa..
al maklumlah orang muda..Nurhusna Yusof, 23 Asyraf bersama isteri tercinta..memang cantik dan manis sebelum pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang
semasa majlis perkawinan Ashraf(FB IM)
semasa beliau bermain futsal bersama anak muda ..bila tiba saat sembahyang asar beliau telah bersembahyang bersama-sama anak-anak muda(facebook IM)
Imam Muda Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi, 27 tahun, semasa beliau membaca kutbah jumaat di masjid

bila suami mencium ubun-ubun isteri tersyang
yang telah lama di tinggalkan
Imam Muda Hizbur bersama muridnya setelah hampir 3 bulan meninggalkan meraka di Mhada Tahfiz ABADA Parit Panjang.(facebook imam muda)
bergotong royong
Imam Muda Hizbur menzizrahi Pusara Ayahndanya Tuan Guru Hj Omar Zuhdi bin Saleh "pengasas Pondok Lanai "di Tanah perkuburan Islam Parit panjang..........Alfatihah
isteri Hizbur berumur 23 tahun yang telah berkawin pada tahun 2007..cunnya
This is my daddy...Asyraf bersama bapa tercinta

Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.
Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Siapa yang menang di ucapkan tahniah dan yang kalah bukan bermakna beliau tidak bagus . Syabas buat kedua-dua peserta akhir Imam Muda Astro Oasis untuk musim pertama dan juga 8 Imam Muda yang lain.

Credit...Berita Harian Online

14 ulasan:

  1. Tahniah kepada IM Asyraf. Sesunggahnya finalis adalah ayng terbaik. Program IM nie juga yang terbaik drpd rancangan2 realiti tv yang lain.

    BalasPadam
  2. Kedua-duanya hebat..saling melengkapi di antara satu sama lain..semoga usaha dakwah dapat di teruskan untuk mengukuhkan umat Islam di Malaysia yang tercinta ini,IsyaAllah

    BalasPadam
  3. kak ina tak cakap nak pergi pun kalau cakap saya bagi ticket ada 2 tiket tapi tak pergi pun....

    BalasPadam
  4. salam kak ina..

    min amik 2 keping gambar kat sini..dah back link..makasih.. :)

    BalasPadam
  5. Salam kak ina..lama x jenguk kat sini..N kena demam lama gak ni..dan mmg ada byak hal yg berlaku jarang2 blogwalking skrg ni..ni pun masih batuk2 lg..

    Sejuk perut ibu mengandungkan anak mcam ni kan kak...N pun terharu tgok..teruja,bangga dan nak anak kita mcam ni kan kak..insyallah...
    semua pun bagus kak..tapi dalam semua tu mesti ada yg lebih baik..Aysraf mmg sejuk mater mandang dan dia mmg patut menang.. sbb ilmu yg agak tinggi dia ada untuk dapat gelaran IMAM MUDA tu..

    Seronok tgok kan kak..

    BalasPadam
  6. salam kak ina
    saya rasa ada sedikit kesilapan pasal info husna tu
    setahu saya dia dalam jurusan pendidikan Islam
    bukan usul dan fiqh
    husna ni satu batch dengan hasni
    kenal dia sejak di nilam puri lagi
    dia bakal ustazah:-)
    sesuai dengan imam muda asyraf

    BalasPadam
  7. asyraf tu yang amik usul dan fiqh..
    satu lagi kesilapan dari akhbar
    tak wujud pengajian usuluddin dan fikah d um melainkan usul dan fiqh yang merupakan salah satu ilmu yang terkandung dalam bidang syariah
    manakala usuludin plak adalah satu bidang lain:-)

    kekadang info yang kita dpat dari akhbar tidak semestinya betul...

    BalasPadam
  8. xpe kak
    begitulah realiti akhbar di malaysia
    kbtln hasni tau
    tu y tinggalkan komen:-)

    BalasPadam
  9. =)
    waaa.. suka entri neh.. ku yg tak layan citer neh bnyk leh tahu

    BalasPadam
  10. k ina, sy mmg tertunggu2 n3 neh... tq yer?....

    sy pon x kisah saper yg menang (even minat IM Hizbur).. yg penting, lepas rancgn neh berakhir, t/jwb depa lebey besar. Memoga depa dpt menjadi inspirasi n contoh yg baik kpd remaja2 di luar sana...

    good to hear that hadiah2nyer pon lumayan. takderlaaa mcm AQ dlu tuh kesian ajer...kalo contest nyanyi2, berebut depa nk sponsor kan?

    hasni: tq memperbetulkan fakta... mmglaaa paper neh nulis main tibai jer, setakat apa yg depa phm...mana profesionalisme ntah

    BalasPadam
  11. Salam kak ina, mintak izin nak copy gambar isteri imam muda hizbur ya.. =)

    BalasPadam
  12. cantik wife imam hizbur, muka nampak sgt suci

    BalasPadam
  13. rumah kakyong xde astro, tp best juga baca review pasal IM ni dari awal lagi... cuma tak dpt nak tgk live ajer lah.. dpt baca review pun okey..

    program ni memang terbaik...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...