OOO

Selasa, April 27, 2010

Resepi Daging Masak Bamia

 
 Masak lauk ni hari Jumaat lepas..masak sebelum ambil Ira di asrama..kelam kabut punya pasal sampai purse tak bawak...ambil resepi dari umah dayangjack. Terima kasih yer dayang...akak c & p tau..

Bahan-bahan :
  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) - boleh adjust sendiri sukatannya
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula
Bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara-cara :
  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.
     Makan pulak dengan nasi hujan panas dan papadom

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    maaf
    Bamia tu apa ye
    macam kari kut

    Wassalam

    BalasPadam
  2. uncle pun nak tanya benda yang sama gak hahahhaha bamia tu apa ek?

    BalasPadam
  3. Mualaikummusalam Rozali..tak tahulah nak jawab..akak pun ambil resepi dari blog orang lain..rasa cam kari ada..cuberlah nanti sendiri ek.


    Salam uncle..tak dapek nak tolong...akak tau masak ajer..

    BalasPadam
  4. bamia tu macam nama orang pon ada.hehe

    BalasPadam
  5. a'a kiterr pun nak tauu..aperr nyekk..n negeri manerr nyerr masakan ...nih

    BalasPadam
  6. ingtkan mumia ghupenya bamia
    hehe
    newey mcm sedap je
    mcm kari ek kak ina

    BalasPadam
  7. salam helena..jangan banyak tanya..cuber ajer membuatnya.

    salam hasni...nanti cuber ek..

    salam ct..tak tau lah nak jawab..akak cuma ambil resepi member ajer.

    BalasPadam
  8. bamia tu maksudnya bendi, makanan orang arab dari negara yemen...

    BalasPadam
  9. bamia ni popular di singapore. dulu kan byk pedagang arab ke sana. Org lama singapore memang biasa ngan resepi ni, makan dengan roti peranchis. Tapi kalo resepi bonda saya, tak guna rempah kari, sebaliknya rempah kurma. Ada guna lada sulah sikit. Bonda tetap masak masakan sana walau dah pindah malaysia. Begitu juga mee siam.
    ~ syreena

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...