OOO

Selasa, April 13, 2010

Resepi Ikan Bilis dan Tempe Cili Padi



Kadang-kadang tak ada selera nak makan...biasalah kan..mood tu kdg ok..kdg-kdg tak ok...akak suker buat lauk camni..

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang/cili api yang telah di tumbuk tadi.
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
9. Sedap di makan bersama nasi panas dan sup sayur.

6 ulasan:

  1. Makanan ne memang kesukaan bilet!
    Huhu. sedap2!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    ini memang kegemaran saya
    tambah2 tengah hari ni
    kena turun pi cafe
    makan nasi lauk ikan bilis tempee


    Wassalam

    BalasPadam
  3. kak ina ,feveret ni . hahahak .

    taw2 je , camni leh belanje . hahahak

    BalasPadam
  4. waa...sye memang suke makan nie..tp xpnh la cube membuatnye..dah ade respi akak nie leh cube la

    BalasPadam
  5. kecur liur tengok tempe tu...bila la dapat rasa masakan kak ina nie...huhuhuh

    BalasPadam
  6. salam billet..oh yer ker..

    salam aus..sedap kan lauk ni..


    salam nur..cuberlah membuatnya..sonang ajer

    salam dd..nak rasa..ehmmm tunggu duluuu yer..

    Mualaikummusalam Rozali..ooo yer ker..rupernya ramai minat lauk simple cam ni ek

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...