OOO

Jumaat, Mac 05, 2010

Nasi Hujan Panas Lagi

Akak masak udang madu.resepi nanti ek...pastu makan  dengan nasi hujan panas..cam pelik kan...tak kisahlah..janji boleh makan...
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air-
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah
Bahan Tumis

  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan Hias:- 
  • Bawang goreng
  • Kismis-tak letak sebab for sure di susun keliling pinggan (psl anak-anak tak suka)
Cara Memasak:-

1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 
7.  Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

3 ulasan:

  1. salam ina..terima kasih..dah lama mencari resepi nasi hujan panas ni..insyaallah akan di cuba bila ada masa nanti...sekarang ni masih sibok ulang alik kekampong buat tahlil..

    BalasPadam
  2. salam erna..yerlah..nanti dah habis semua tu..relax kejap barulah buat yer..tabahkan hati.

    BalasPadam
  3. nak try la 1 day....kang org tak makan kismis mesti taknak mkn ni...huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...