OOO

Jumaat, Mac 19, 2010

Mee Soto


Dah lama tak buat mee soto..teringin pulak nak makan...rajin tak rajin mestilah buat sendiri kan. Dulu dah pernah tepek resepi..tak kisahlah kan..akak tepek lagi.
Bahan-bahannya


  • 500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
  • 100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
  • 1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
  • 3-4 liter air
  • 3 sudu makan ketumbar }
  • 3 sudu makan jintan kasar }
  • 2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 200 ml minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar hiris
akak tambah : 1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi
Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar


  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
Bahan2 Sampingan/Taburan
  • secukup daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • bagedil
  • sambal kicap cili padi
  • isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi
  • 25 biji cili padi merah/cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
  • jus dari perahan 2 biji limau kasturi
1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)
Peraturan Membuat Kuah Soto:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.
Akak suka goreng ayam tu sekejap dan barulah di siat-siat.
Cara Menghidangkan Mee Soto
  • Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
  • Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
  • Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
  • Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya (akak buat separuh dari resepi)
  • 1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
  • 250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
  • 2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • secukup minyak utk menggoreng bagedil
Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.

3. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

gambar lama ..N3 yang lalu..
Akak jarang (bukan tak pernah beli ye) beli bawang goreng kat kedai..suka buat sendiri.....lagi harum bau dia...selalunya lepas hiris bawang kecil tu akak lumurkan dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam..ramas-ramas sedikit barulah di goreng.

5 ulasan:

  1. nizza ni kalu bab mee/mihun soto ni memang minat sesangat. kene lak makan dgn bergedil & sambal kicap yg marvellous tu.
    nanti nak cuba yang kak ina buat ni pulak la ;)

    BalasPadam
  2. akak ni memang minat memasak ke??memang nurul tabiklah ngan akak ni yerlah jarang nurul nampak akak masak ala-ala cincai punya hehe..

    Kak nurul dah send email ke nuffnang dan entry tu nurul dah siapkan..thanks yer kak tolong nurul..akak inilah 1st time nurul ke event mcm ni kalau dapatlah..so boleh tak akak bagi no hp akka pada nurul..manalah tau bila nurul dah ada kat time square boleh gak calling-calling akak hehehe itupun kalau bolehlah ye..akak msj pada nurul di 012-2281490

    BalasPadam
  3. nak try buat la mee soto ikut resepi ni esok...adik n mak nak dtg rumah ni...

    BalasPadam
  4. salam nizza..dah buat ker belum?

    salam matjoe..wah baguslah camtu..tentu isteri kamu suka

    salam mamaadli.dah cuba ker?


    salam nurul...k..insyallah jumpa di sana yer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...