OOO

Selasa, Mac 09, 2010

Mee Kungfu

 
Nama pun mee kungfu...kenapa di namakan camtu pun tak tahu...akak ambil resepi dari Kak Liza...tapi akak edit sikit..lah tambah bahan sikit..nak bagi rasa kaw...kaw punya...akak buat malam Isnin lepas.
Bahan A

  • 500 gm mee kuning
  • 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair-akak tambah
  • garam
  • minyak
Cara-cara
1.  Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam telur dadar.
2.  Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam.  Campurkan dengan 1 kiub ayam.  Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan  udang, fish cake dan fishball.
4.  Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee  yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas. 
 buat untuk 4 orang makan...jadi guna 4 biji telur ajerlah..

17 ulasan:

  1. ni lbh krng mcm mee hong kong kn?

    BalasPadam
  2. nadia x penah buat
    tapi penah makan kat kedai
    mi die keraih

    huhu

    BalasPadam
  3. k ina,
    nampak sedap. nanti nak cuber weekends nie kalau sempat. mrBig tgk then dia suruh buat

    BalasPadam
  4. lepas makan tu jangan main kungfu2 pulak.

    BalasPadam
  5. kat sini pulak, saya panggil mee ni mee hong kong. ni fav zati ni.

    BalasPadam
  6. kak ina!

    inspirasi ku! dapat lagi idea utk otak yang dah buntu ni.

    thanks kak.

    BalasPadam
  7. kak.. tinggal kat sentul kan? ehehehe.. bole ar ku dtg umah nk blaja memasak..

    BalasPadam
  8. Salam Pengenalan Kak, saya Dayang Sophia from Shah Alam. Saya suka mee dan saya layari blog akak ada N3 berhubung dengan Facebook tu. Lawak betul laa akak ni. Moga terjalin ikatan ukhuwah antara kita

    BalasPadam
  9. selalu beli kat kedai..


    wah hebat la sis

    heeee

    BalasPadam
  10. haaa teringat my fren masa kat uni dulu suka betul makan mee kung fu ni! sedap ke? huhu

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    BalasPadam
  11. re: salam kak ina, ha ah memang susah kan nak tarik perhatian advert dari nuffnang..tapi kak ina lagi best, dah menang blackberry lagi tu..syiok! :)

    BalasPadam
  12. Slurrrrpppp! nakkk ...aiks dah abis ye kak??? ^___^

    BalasPadam
  13. salam kak...feveret sy ni..tapi kene tukar kuetiaw...huhu tq kak pinjam resepi ye nanti nk belajar buat...

    BalasPadam
  14. salam kak ina..wah sedap ni ..mmg kalo ada nama kungfu ni msti sedap..ada satu resepi kt RCH sini nasi ayam kong po sedap jugek..hehe ejaan dia je lain plak ek..:)

    BalasPadam
  15. kak,

    cenggini rupanya mee kungfu ye?sy sll nmpk nama menu ni kat kedai tp xpenah ada guts nak order :)

    BalasPadam
  16. mee jackie tarak ker? bruce lee ker....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...