Dah selalu buat roti nan ni...akak memang suker ikut resepi yang ni...insyallah memang gebus dan lembut...kalau ikut aduanan ni dapat 8-9 keping roti. Sedap di makan bersama-sama kari ..tak kiralah kari ikan ker..kari daging ker..tapi akak buat pakai kari ikan sardin. Akak ambil dari blog Resepi Diana.
Bahan-bahan
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 1 peket yis kering (akak suka guna mauripan)
- 2 sudu teh gula
- 1 cawan air suam
- 1 biji telur (dipukul dulu)akak guna gred A
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu besar minyak zaiton/mentega cair/minyak sayur
- 4 sudu besar tairu (tairu tak ada kat rumah) akak ganti dgn susu cair campur 2 biji limau kasturi...biarkan dalam 5 minit..jadilah tairu
Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis. Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi. Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
4. Uli sehingga lembut dan licin. Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis. Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi. Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
4. Uli sehingga lembut dan licin. Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
5. Tutup dengan cling wrapper (plastik pembungkus makanan yang tipis tu) dan biarkan naik sekali ganda..kira-kira 1 jam.
6. Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.
7. Bahagikan adunan dalam 70gm setiap satu. Akak tak timbang pun..pakai agak-agak aje. 6. Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.
8. Canai dan bolehlah di bakar di atas non stick pan (tanpa minyak yer). Balikkan setelah masak. Kalau keluar gelembung kecil tu tandanya roti naan jadilah tu...
9. Sedap di makan bersama kari bila baru keluar dari kuali non stick. p/s kalau tak faham gi ke label roti...cari roti naan dan tenguk kat situ ada langkah demi langkah yer. kalau nak letak bawang putih pun boleh...nak letak cheese kat atas roti naan tu pun boleh....kari sardin nanti yer..akak nak ambil ira kat asrama.
Salam Kak..Laaaa masak atas pan pun boleh gak yaaa?..saya fikir hanya boleh bakar dalam oven je selain tempayan dia tuuuu....
BalasPadamkena belajar buat ni sbb fav hubby!!
BalasPadamkak ina, sesuai utk org berdiet ya!!! nanti saya nak buatlah roti ni... makan ngan kari, kan?
BalasPadamkak ina..samala kite sue@neie..ingat kena msk kat tempayan nan aje..
BalasPadamada la kdg g beli nan tp yg ada cheese (x bole diet :)..
leh bukak kedai ar k.ina nie..
BalasPadamWow besnya naan!!! For dieting person like Love, bolehlah try nih! hehehe :)
BalasPadamLove ckp je diet..tp makan tak berhenti! uwaaaa! :(
mmg jem giler kak wei...huhuhu. tp tak tau le ptg ni camne :(
BalasPadamharuslah ku belajar cara buat roti nan nie.. one of the my favourite nie k ina
BalasPadamAla Kak ina...nak kena diet la macam ni...hehehe..
BalasPadamliza suker roti nan, kalau makan dgn ayam tandori sungguh sedap...hancur diet...
BalasPadam