OOO

Isnin, Jun 22, 2009

Sup Tulang Puan Norzailina


Ambil resepi ni dari rumah penulis novel yang fofular.... puan norzailina tapi akak panggil norz aje.. http://norzailina.blogspot.com/..dahlah pandai menulis pastu pandai pulak memasak....harap norz izinkan kan akak c & p ye resepi ni..dan akak edit sedikit...resepi asal guna ekor tapi akak guna tulang lembu aje dan akak cuma buat separuh dari resepi ni.

Sup Ekor(Akak gunakan tulang lembu)

Bahan-bahan:

  • 2 kg ekor lembu
  • 5 cm halia, dihiris
  • 100 ml minyak
  • 10 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 3 camb kicap cair
  • 3 camb kicap manis
  • 2 camb tepung beras-akak tak letak sebab tak nak pekat..nak hirup sup tu..
  • 60 ml air
  • 90 gm serbuk badam/gajus-pun tak letak
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • Bawang goreng (hiasan)
  • Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan rempah (campur air jadi pes)
  • 4 camb serbuk ketumbar
  • 1 camb serbuk jintan manis
  • 1 camb serbuk jintan putih
  • 2 camb serbuk kas kas-tak letak sebab tak ada

Diikat dengan muslin (semua dipecahkan)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 10 kuntum bunga cengkih, ditumbuk kasar
  • 20-25 biji lada hitam
  • 5 cm kulit kayu manis - akak gunakan sup punjut aje...

Akak tambah 2 biji ubi kentang (dibelah 4 setiap satu)-imran jarang nak makan daging ....dia suka makan ubi kentang empuk pastu lenyek bersama nasi.

Cara membuat:

Rebus ekor, halia dan rempah (ikat) bersama air hingga empuk.
Panaskan minyak, tumis bawang merah.
Bila wangi, masukkan pes rempah dan sedikit air rebusan, kacau hingga naik minyak.
Masukkan kicap cair, kicap manis, ekor (tulang lembu bersama ubi kentang) dan baki air rebusan. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Renihkan selama 5 minit kemudian tambah perisa jika perlu. Hidangkan dengan daun bawang dan bawang goreng.

:: Boleh digantikan dengan tulang, daging dll (mengikut kesesuaian sukatan kerana ekor lebih berat drpd daging). Kuah sup ini agak pekat dan enak dicicah roti ::

Malam jadi bihun suplah pulak...tabur dengan bawang goreng, taugeh, daun sup/daun bawang dan semestinya sambal kicap.......slrupppppppp sedapnya...

13 ulasan:

  1. alamak kecur air lior nenguk gambornya

    BalasPadam
  2. salam

    di musim panas ni tak boleh makan banyak nanti darah naik.

    BalasPadam
  3. kak meriahnya meehoon sup akak tu..untung kan skli msk..dpt mkn 2 jnis..hihi...

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak ina....ada lagi tak...pos mai semangkuk!

    BalasPadam
  5. aiyo yoo kakk..sedap yerrr.. dah lama tak makan sup tulang,nanti bila fa balik nanti harus fa pi sergah rumah akak..akak kat sentul kann..fa kat jln ipohhhh..hehehe..sekangkang kera je kakk..

    BalasPadam
  6. nak copy and simpan resepi ni...menarik,tertarik da bomd hehe..halalkan yea..

    BalasPadam
  7. Salam kak ina...

    sup tulang ni, faveret saya ni kak...
    kalau akak jd jiran saya...
    alangkah bestnya....hehehehee...
    :)

    BalasPadam
  8. sedapnya sup tulanggggg!! peberet jiyaa tu.

    BalasPadam
  9. salam kak ina..nak taip kat chatbox, chatbox kak ina lmbt kuar lak..

    re: bukan sengaja nak tinggal2kan..panggilan tugas..kalau dah diarahkan, kami penjawat awam ni kenelah menurut perintah...ini pun byk gak kursus jauh2 yg sy tak jadi pegi atau dibatalkan last minit, mujur gak sebab sy pun tak sanggup tggalkan e-ein lame2..yg g KL ari tu pun balik hari....

    BalasPadam
  10. Aduhai sup tulang... pastu mee sup pulak..sedapnye Kak Ina... mintak semangkuk pun jadilah...heehe

    BalasPadam
  11. sedapya kak oi.. feveret ila ni.

    BalasPadam
  12. salam sya..bukan susah nak membuatnya..lagi susah nak buat chicken pie..nak resepi boleh tak?

    salam sekuntum mawar berduri..makan sekali seminggu aje..taklah naik darah tinggi tu.

    salam ana itu saya...akak memang suka makan meehoon sup..tapi cik abang suka makan nasi..

    salam watierman..nak pos???melelehlah kotak tu nanti..

    salam fa..duduk di jalan ipoh rupernya..bisa di atur..tapi kena bagi tau dulu ye..

    salam khamsiah..akak pun ambil kat rumah norz..resepi kan untuk di kongsi bersama-sama.

    BalasPadam
  13. salam tc...klu jadi jiran..kamu bayarlah kat akak..barulah akak rajin sikit nak bagi kamu.


    salam catlina..apa nak buat..jadi penjawat awam ni mcm tu..akak dah pernah rasa dulu..

    salam blogresepi..kat rumah kamu masak lagi best2 tau..kalah akak di buatnya..

    salam ila..ala senang sangat nak masak sup kan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...