OOO
Jumaat, Mei 15, 2009
Rendang Udang
Gi jejalan rumah ha sue tertarik pulak nak cuba buat rendang udang...sekarang ni bukan ayam dan daging aje yang boleh di buat rendang..udang pun boleh tau. . Resepi asal dari fida di my resepi..terima kasih ye fida. Akak buat 1/2 kg aje..orang dah tak ramai kat rumah ni...Akak edit sikit ye..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan-akak gunakan udang galah
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai - dititik
* 2 lembar daun kari - dipetik-petik
* 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sudu penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis
Cara-cara
1. Kisar bahan-nahan yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari. 2.Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik.
4. Gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.
5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
6. Masukkan garam dan rasa dulu baru di matikan api dan siap utk disajikan.
Labels:
udang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sedapnye rendang udang tu...yumyumyum...
BalasPadam