OOO

Selasa, Mac 05, 2024

ULAT BELUNCAS/ULAT BULU SERANG POKOK BUNGA

Assalammualaikum

Memang seronok tengok rama-rama datang memeriahkan laman. Ia bukan sekadar menjadi tetamu malah menjadi agen pendebungaan.
Ada dekat 10 ekor gemukss pulak tu๐Ÿ˜ 

Bila tanam pokok bunga dah tentu hati berbunga riang bila banyak bunga di taman mula berbunga.

Datang pula si rama rama menyedut madu setiap hari.
Tapi bila tenguk pokok gondol di makan ulat beluncas, sakitlah pulak hati.
Kenyang perut senang hati๐Ÿ˜…

Kalau sekor bolehlah dimaafkan ni bawa kaum kerabat besar dan kecil dalam masa 2 hari 1 malam berpesta sakan menjamu selera.

Memang akak tau ulat bulu atau beluncas merupakan satu kitaran hidup sebelum menjadi seekor rama-rama atau kupu-kupu yang cantik.
Tapi akak terpaksa hapuskan sebab takut merebak kat pokok sayur   Nasib baik jumpa kat pokok bunga tak jadi masalah bila botak walaupun tidak bermakna pokok kita mati.

Pokok yang baru lepas dimakan beluncas akan tumbuh tunas baru malah lebih cantik.
Meremang bulu roma bila tenguk ulat ni.  Siap  jeling akak tu
๐Ÿ˜„
Terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengatasi masalah serangan ulat beluncas tanpa menggunakan racun kimia. Antaranya ialah:
1. Kutip dan buang
Kalau berani kutiplah ulat bulu atau beluncas, kalau tak nampak gunalah kanta atau cermin mata sebab kadang kadang sukar nak nampak. 

Pasal ulat ni ada kala warna nya akan sama macam daun atau ranting pokok. 

Bila tenguk pokok bunga dah botak cepatlah buat tindakan segera. Kutip pastu letakkan di dalam larutan air sabun untuk bagi mati. 

2. Pasang jaring
Kenalpasti tanaman yang selalu berpotensi menjadi tempat persinggahan kupu-kupu dan rama-rama. Selepas itu, pasang kan jaring pada keseluruhan pokok bagi mengelak dari disinggah rama-rama. Pastikan jaring yang digunakan bersaiz kecil dan tidak mampu dimasuki rama-rama. Namun, jangan jaring pada tanaman yang memerlukan agen pendebungaan seperti lebah. Nanti pokok tak berbuah pula
3. Menarik pemangsa
Burung dan tabuan adalah ancaman utama kepada ulat beluncas. 
Ulat bulu di pokok banyaknya 
Mengelitis bulu roma dibuatnya
Sembur aerosol penyudahnya
Semua mati baru puas hati

Khamis, Ogos 03, 2023

UJIAN DEMI UJIAN

 Assalammualaikum

Lamanya tak update blog. Sejak pindah ke kl ni memang malas nak pot pet. 

Pastu ada masalah kesihatan pulak. Lagilah mood ke laut.

Baru lepas injek gel di lutut sebelah kiri sebab semakin hari makin sakit. 

Walaupun buat di hospital dan guna GL Yana, sekarang ni bukan semua di tanggung. 

Kenalah keluarkan duit juga macam kat hospital Putrajaya masa tukar kanta mata 

Alhamdulliah masih lagi mampu lagi. 

Imran pula kena sakit dalam perut. Nasib baik ambil insuran. Tak payah akak jaga dia di situ lagi pun Imran masih lagi boleh uruskan diri sendiri. 

Jagalah diri dan keluarga, bila dah sakit redha ajerlah dengan ujian dari Allah SWT sambil kit berusaha. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...